Sejarah permainan sofbol bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock.
* nie la tugu dia..
Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.
* ni la reporter, George Hancock..[agak kacak]
Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata “Play ball”, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor, recreation ball, dan playground ball.
Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan.
Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di pertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.
Sejak tahun 1933 “softball” telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934, pembentukan peraturan bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi peraturan sofbal. Sudah banyak perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan “shortfielder” pada saat itu bertugas sebagai penjaga daerah dangkal bahagian outfield yang menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara pitcher’s plate dan home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter).
Dilihat dari segi penyertaan, sofbal telah berkembang menjadi olahraga pasukan yang besar dan digemari. padang yang lebih kecil tersedia. Baik wanita mahupun lelaki dapat memainkan. Pada tahun 1960-an, sebahagian dari 125,000 pasukan telah terdaftar di Persatuan Sofbal Amatur Amerika. Dan mengadakan enam kejuaraan nasional setiap tahun. Ini tidak termasuk anggota lelaki mahupun wanita yang bertanding dalam pertandingan tidak resmi. Di negara lain sofbal juga menjadi sukan yang digemari baik lelaki wanita tua mahupun muda.
Pada tahun 1949, pasukan Kanada, Toronto's Tip Top Tailors, memenangi kejuaraan antarabangsa yang dilakukan secara berkala oleh Persatuan Sofbol Amatur dan merupakan pertandingan pertama yang benar-benar merupakan kejuaraan tingkat dunia untuk lelaki. Di adakan pada tahun 1966 dibawah penajaan dari International Softball Federation. Australia memenangi kejuaraan pertama untuk wanita pada tahun 1965.
# agak panjang sejarahnya..kalau nak tah lagi pergi baca kat wikipedia la..haha