Monday 18 February 2013

TAK KENAL MAKA TAK CINTA !!

Lepas baca post ini jangan cakap tak tahu apa-apa pasal sofbal ok??..

Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di ChicagoAmerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.

* berkobar-kobar nak main bila tgk nie !

* excited tak tgk??..

* sgt teruja tgk padang sofbol besar mcm nie =='

Buat masa ini itu sahaja dulu..yang lain-lain kami akan update pada lain kali..heeee....orang kata...sikit2 lama2 jd bukit..

No comments:

Post a Comment