Sunday 17 March 2013

Mari meneliti kemudahan dan peralatan permainan softbol

PADANG SOFTBOL

Padang softbol bebrbentuk wajik seolah-olah bentuk huruf v. Dipecahkan kepada daerah fair ( fair territory ) dan daerah foul ( foul territory ) . Dalam daerah fair terbahagi kepada dua bahagian iaitu infield dan outfield . Dalam daerah infield terdapat 4 base. Setiap base diberi nombor berlawanan dengan arah jam. Dimulai dengan base perumah yang disebut sebagai home plate , diteruskan dengan base pertama , base kedua dan base ketiga . Base berbentuk berlian ini berukuran sisi 38 cm ( 15 inci ) yang dibuat sikit lebih tinggi dari permukaan tanah . Di belakang home plate terdapat penghadang yang disebut backstop sejauh 7.62 dan 9.14 meter di belakang home plate. Jarak diantara setiap base adalah seperti berikut .


Jarak fast pitch dan slow pitch  - 60 kaki ( 18.29 m ) , 60 kaki atau 65 kaki ( 19.81 m )


PERALATAN PEMAINAN SOFTBOL

Bola softbol

Minima bola yang diperlukan dalam setiap perlawanan adalah sebiji. Softbol yang digunakan adalah berwarna putih atau kuning dengan benang grip berwarna merah , yang sebelumnya berwarna putih dan bergrip putih.


Bola berwarna kuning bergrip merah

Bola berwarna putih
Kayu pemukul

Diperbuat daripada kayu atau aluminium . Ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu tombol , pemegang dan laras. Tombol menghalang bet daripada menggelongsor daripada genggaman. Lapisan getah boleh dipasang pada tombol dan pemegang untuk mengemaskan genggaman.



Home plate 

Tapak terakhir yang disentuh oleh setiap perlari bes untuk memperoleh run ( mata ) . Perlu diletak dengan kemas agar tidak beralih atau bergerak semasa bermain.

Kedudukan home plate 


Home plate




Pitcher's plate
  
Ia dikenali sebagai tempat melakukan lemparan. Diperbuat daripada getah padu berwarna putih .

Add caption
Pitcher plate

Glove

Sarung tangan ( glove ) dipakai oleh semua pemain yang berada di posisi bertahan. Pemain tersebut perlu menangkap bola tersebut dari pihak lawan yang bertindak sebagai pemukul .



No comments:

Post a Comment