Sunday 17 March 2013

Mari mengenal dunia softbol dengan lebih terperinci

Assalamualaikum wbt. Kembali kita ke dunia softbol .

JENIS PERMAINAN SOFTBOL

Terdapat tiga jenis permainan softbol yang sering dimainkan di peringkat antarabangsa . Antaranya ialah fast pitch , modified picth dan slow picth. Mari kita kenal dengan lebih terperinci lagi mengenai jenis permainan ini .

Fast pitch   -  Permainan ini ditentukan oleh picther . Pitcher akan melemparkan bola sepantas yang mugkin ke arah pemukul serupa dengan baseball . Perbezaannya adalah cara lemparan picher dan cara pelepasan bola . Pelepasan bola terletak di bawah atau sama dengan glove .

Modified pitch    -  Permainan ini pula dikenali dengan nama modball . Tujuan utama adalah untuk memudahkan peraturan-peraturan yang digunakan dalam kategori fast pitch . Pemain-pemain yang belum biasa dengan permainan softbol tidak akan terkejut dengan peraturan-peraturan ketat seperti strike zone, jarak antara base dan masa permainan. Jenis permainan ini berada diantara fast pitch dan slom pitch. Kecepatan bola dibatasi dengan putaran lengan melebihi bahu.

Slow pitch  -  Jenis ini pula memberikan kemudahan kepada pemukul . Pemukul diberi bola terus menerus dari pitcher sampai boleh untuk memukul bola tersebut . Lemparan pitcher adalah dalam keadaan perlahan dan melambung ( flyingball ) . Permainan seperti ini sering dimainkan tanpa terhad kepada umur dan jantina.


PEMAIN-PEMAIN DALAM PERMAINAN SOFTBOL

* Dalam permainan softbol pemain yang akan bermain dalam setiap perlawanan adalah 15 orang pemain iaitu 9 orang pemain utama manakala 6 akan menjadi pemain simpanan bagi setiap pasukan .


 Pemadang 
  1.  Pasukan bertahan akan dipanggil pemadang yang terdiri daripada 9 orang permain yang akan                  berdiri di posisi masing-masing.
  2. Semua pemadang kecuali penangkap bola  mesti berada dalam kawasan padang sebelum permainan dimulakan.
  3. Pemadang yang tidak dalam proses menerima bola hendaklah memberi laluan kepada perlari bes.
  4. Semua pemandang tidak dibenarkan menghalang laluan perlari bes untuk maju ke bes seterusnya.
  5. Pemadang tidak dibenarkan mencampak sebarang peralatan ke arah bola dengan tujuan untuk menahan bola yang telah dipukul atau dibaling.

Pemadang berada di posisi masing-masing

Pemukul ( Batting )
  1. Pasukan pemukul terdiri daripada 9 orang pemain yang akan menunggu giliran untuk memukul.
  2. Giliran pemukul mestilah dalam satu urutan yang tetap dan tidak boleh diselang oleh pemain lain.
  3. Pemukul mestilah berada dalam kotak pemukul 10 saat selepas pengadil panggil . Jika pemukul tidak berada di kawasan tersebut maka hukuman 1 straik akan dikenakan.
  4. Setiap pemukul akan diberikan 3 peluang untuk memukul bola yang straik iaitu bola yang melintas di atas plet rumah dan diantara bahu dan lutut pemukul.
  5. Setiap pemukul berhak memilih bola yang memasuki zon straik dan meninggalkan bola di luar zon straik.
  6. Pemukul tidak dibenarkan dengan sengaja memukul bola dua kali dalam satu-satu pitch
  7. Pemukul tidak dibenarkan untuk berubah ke kotak pemukul yang lain apabila pitcher dalam keadaan bersedia untuk melakukan picing.
  8. Pemukul tidak dibenarkan menghalang penagngkap bola dengan apa cara sekalipun dari menangkap bola dari pitcher.
  9. Seorang pemukul tidak dibenarkan melangkah keluar dari kotak pemukul semasa memukul bola.
  10. Pemukul tidak dibenarkan dengan sengaja menghalang mana-mana pemadang dari melakukan cubaan memastikan perlari bes.
  11. Semua pemukul termasuk pemukul yang berada dalam bulatan ( on-deck-circle ) mesti memakai topi keledar.

Pemukul  

Picing (Pitcher )
  1. Kedua-dua kaki pitcher mesti berada di atas plet pitcher sebelum melakukan picing.
  2. Sebelum memulakan picing kedua-dua tangan mestilah diasingkan.
  3. Pitcher boleh mengambil satu langkah ke hadapan sambil melepaskan bola.
  4. Setelah pitcher bersedia untuk pic , bola tidak boleh dibaling kepada mana-mana pemadang kecuali penangkap bola.
  5. Pitcher tidak dibenarkan membuat dua atau lebih pusingan tangan sebelum atau semasa picing.
  6. Pitcher hanya boleh memulakan pic setelah pengadil memberi isyarat mula.
  7. Pitcher tidak boleh menerima isyarat penangkap bola apabila berada di atas plet pitcher.
  8. Pitcher tidak boleh melapik tangan yang digunakan untuk pic atau melekatkan sebarang bahan ke atas bola semasa permainan.
  9. Serbuk resin boleh digunakan oleh pitcher di bawah kawalan pengadil.


Pitcher berada dalam bulatan

Penangkap bola ( catcher )
  1. Semua catcher diwajibkan memakai adang muka , adang kaki , adang kerongkong dan adang dada sebelum masuk ke kotak cacther.
  2. Catcher mesti memasuki kotak catcher sebelum permainan dimulakan .
  3. Catcher tidak dibenarkan menghalang atau menganggu pemukul daripada melakukan pukulan.
  4. Catcher mesti memulangkan bola kepada pitcher selepas setiap pic kecuali jika ada perlari di atas bes atau selepas pemukul disahkan mati (out ) oleh pengadil .

Catcher yang berbaju merah

Adang muka

Adang kaki
Perlari bes ( Base runner )
  1. Semua perlari bes mesti memakai topi keledar dan tidak dibenarkan menanggalkan dalam prose larian bes kecuali ia tertanggal dengan tidak sengaja .Jika topi keledar ditanggalkan dengan sengaja , perlari bes tersebut akan diisyhtiharkan mati.
  2. Perlari bes dibenarkan mencuri bes sebaik sahaja bola dilepaskan dari tangan pitcher dengan kemungkinan dimatikan ( tag )
  3. Perlari bes mesti memberi laluan atau mengelak daripada bertembung dengan pemadang yang dalam proses menerima bola.
  4. Perlari bes tidak dibenarkan menghalang atau menganggu pemadang dari memainkan atau membaling bola kepada pemadang yang lain.
  5. Perlari bes mesti memijak semua bes yang dilaluinya mengikut urutan bes 1,bes 2,bes 3dan plet rumah.
  6. Pemukul-perlari dibenarkan melepasi bes pertama selepas memijaknya dan tidak boleh dimatikan kecuali dalam situasi dimana bes terkeluar dari posisi sepatutnya.
  7. Perlari yang lari ke bes 2 dan bes 3 mesti megekalkan sentuhan dengan bes-bes tersebut kecuali dalam situasi dimana bes terkeluar dari posisi sepatutnya.
  8. Perlari bes tidak dibenarkan memotong perlari bes yang dihadapannya.
  9. Perlari bes dibenarkan melakukan lunsuran dimana-mana bes termasuk bes pertama
  10. Apabila bola berada pada pitcher yang berdiri dalam bulatan pitcher , perlari-perlari hendaklah dengan serta merta mara kehadapan atau kembali ke bes.

Perlari bes

No comments:

Post a Comment